loading...
SEORANG gadis berusia 22 tahun yang diculik di depan rumahnya 10 tahun lalu menceritakan pengalaman pahit menjadi mangsa pemerdagangan di India, dijual sebagai hamba dan dirogol ramai lelaki.
Gadis yang enggan dikenali itu akhirnya kembali ke pangkuan ibunya pada minggu lalu selepas berharap untuk berbuat demikian sejak sedekad lalu.
Dia berterima kasih dengan seorang gadis yang ditemuinya secara kebetulan sebaik tiba di Delhi, dan selepas dia mengingati lokasi kediamannya.
Katanya: "Saya kehilangan zaman kanak-kanak saya. Saya baharu sahaja berusia 12 tahun semasa diculik di luar rumah. Saya menyedari banyak yang saya terlepas sekembalinya saya ke pangkuan keluarga.
"Saya sangat gembira pulang ke rumah tetapi saya masih bersedih dengan kehidupan lalu yang telah hilang."
Menceritakan semula insiden yang berlaku, dia ketika itu sedang bermain di luar rumahnya di Seelampur, Delhi, ibu negara India pada 2 Julai 2006.
Kemudian datang seorang wanita dan mula bercakap dengannya.
"Saya masih ingat apa yang saya pakai ketika itu. Saya pakai jubah kelabu dan selipar merah jambu," katanya.
"Saya sedang berjalan ke rumah kakak saya apabila seorang wanita keluar dari keretanya dan mula bercakap dengan saya. Belum saya sempat berbuat apa-apa, seorang lelaki keluar dari kereta berkenaan dan menarik saya masuk ke dalam dan menutup muka saya dengan kain. Saya tidak sedarkan diri."
Ibu bapanya mula mencarinya selepas dia tidak muncul di rumah kakaknya.
Ibunya berusia 55 tahun berkata: "Saya merasakan sesuatu yang buruk berlaku dan mencarinya di hospital, balai polis dan kuil, tertanya-tanya kalau ada yang meninggalkannya di situ untuk mengemis atau perkara lain.
"Saya juga menampalkan poster yang memaparkan wajahnya di beberapa tempat tetapi ia tidak membantu kepada usaha pencarian."
Dia bersama suami kemudiannya membuat laporan kepada polis berhubung kehilangan anak mereka.
Mangsa menjadi hamba dan dirogol selama 10 tahun kehilangannya.
Mangsa masih ingat pernah dijual kepada seorang petani pada harga £300.
"Bila saya terjaga, saya dapati saya dikurung di dalam sebuah bilik bersama 20 yang lain termasuk budak-budak perempuan dan kanak-kanak kecil.
"Saya panik dan menjerit meminta tolong. Semua di situ menangis," katanya.
Pada usia hanya 12 tahun, dia dipaksa untuk bekerja di ladang sepanjang hari, mengangkut guni gandum yang berat ke trak dan kemudian dirogol oleh beberapa lelaki pada sebelah malam.
Katanya: "Saya berulang kali dirogol setiap malam.
"Ramai lelaki mengambil giliran merogol saya dan mereka akan pukul saya jika saya melawan.
"Sampai ada satu tahap saya diacukan pisau di tengkuk saya semasa dirogol. Saya dikurung di sebuah bilik gelap dan hanya diberikan sekali makan sehari."
Pada 2009, dia yang berusia 15 tahun dipaksa berkahwin dengan seorang pemandu trak berusia 50 tahun di sebuah kampung di Punjab, utara India.
"Saya masih muda tetapi dipaksa berkahwin dengan seorang kaki botol dan penagih dadah di Punjab," katanya.
"Saya mempunyai dua anak bersama lelaki itu. Dia kemudiannya meninggal dunia pada 2011.
"Ipar saya mula menyeksa saya. Mereka sering pukul saya manakala abang ipar dan rakan-rakannya merogol saya beberapa kali.
"Kakak ipar saya merampas anak-anak saya dan membawa mereka tinggal bersama dia tanpa kebenaran, dan saya kemudiannya dihalau."
Tanpa wang, dia terpaksa hidup bergelandangan di jalanan.
"Saya sesat. Saya terdesak untuk pulang ke rumah tetapi tiada cara untuk kembali pulang.
"Saya kemudiannya mendapat kerja sebagai tukang cuci dan tinggal di sebuah bilik kecil. Tetapi wang tak cukup. Kadang-kadang saya mengemis dan kadang-kadang saya tidur di jalanan," katanya.
"Kemudian seorang lelaki menawarkan saya bekerja di Siliguri di Bengal Barat. Saya terima.
"Tetapi saya dijual lagi, di sebuah bar. Di sana saya berjumpa dengan seorang gadis yang berasal dari Delhi.
"Saya beritahu dia tentang kisah saya dan dia membantu saya untuk pulang ke rumah.
Gadis itu membawanya pulang ke Delhi dengan menaiki keretapi.
Pada malam 24 Julai 2016, dia akhirnya berjaya mencari rumah kakaknya.
"Saya mengetuk pintu dan saya melutut di hadapan kakak saya sebaik sahaja mengecam saya.
Bagaimanapun, kakaknya tidak mengenalinya dan bertanya: "Siapa yang awak cari?"
Kakaknya mula menitis air mata sebaik sahaja menyedari gadis itu di hadapannya adalah adiknya sendiri.
"Ibu saya ingat saya sudah mati," katanya.
"Dia tak percaya saya masih hidup. Bila saya beritahu kisah saya, dia begitu sedih. Dia sedih kerana saya melalui banyak kesengsaraan."
Salinan laporan kehilangan kanak-kanak hilang semasa usianya baharu 12 tahun.
Ibunya yang bekerja di sebuah kedai runcit sejak kematian suami pada 2008 berkata: "Selepas saya tidak mendapat bantuan daripada pihak polis, saya mula percaya anak perempuan saya telah mati. Hidup saya seperti tidak bernyawa sejak kehilangannya. Saya tidak dapat bayangkan apa yang dia telah lalui.
"Badannya ada banyak kesan dera dan puntung rokok. Saya tidak sanggup untuk mendengar perkara seperti ini berlaku pada anak saya sendiri.
"Saya akan terus menyokong anak saya sehingga ke nafas saya yang terakhir. Kehidupan lampaunya telah musnah.
"Mereka mencuri 10 tahun daripada dia, tempoh yang paling bernilai buat dia. Saya akan cuba berikan yang terbaik untuk dia selagi termampu."
Dia kemudiannya membuat laporan polis di Delhi beberapa hari kepulangannya ke rumah.
Timbalan Pesuruhjaya Polis di timur laut Delhi, Ajit Kumar Singla berkata: "Saya telah merakamkan keterangan gadis ini dan kita kini sedang menyiasat dakwaannya.
"Dia beritahu saya tentang kawasan pemerdagangan di mana dia diculik dan kita akan menghantar pasukan kita untuk menyiasat dan memburu dalang sindiket," katanya.
Menurut mangsa, dia hanya mahukan keadilan dan berharap ia dapat menghentikan daripada keluarga lain terseksa sebagaimana yang dia dan keluarga telah lalui sebelum ini.
loading...
0 Response to "SeLepas 10 Tahun Diculik, Gadis ini Berjaya Balik Ke Rumah, Tapi Apa Yg Berlaku Padanya Sangat NGERI Sampai Keluarga Sendiri Pun Dah TAK KENAL..."
Post a Comment