loading...
Aku Ugut Kahwin Lari Bila Mak Ayah Tak Bagi Kahwin. Bila Dah Kahwin Aku MENYESAL Tak Sudah…| Pasangan yang berkahwin tanpa mendapat restu kedua ibu bapa kebanyakannya tidak kekal lama kerana tiada keberkatan dalam rumah tangga. Hilangnya keberkatan menyebabkan timbulnya masalah silih berganti.
Seperti yang dikongsi wanita ini, seorang ibu 2 anak hanya mampu tengok barangan di kedainya kerana tiada wang. Suaminya berkahwin lain dan dia dibiarkan tanpa nafkah. Dulu kahwin suka sama suka tapi disebabkan tiada restu ibu bapa dan terlalu terburu-buru, kehidupan wanita ini huru hara.
Kalau akak ungkit pasal tanggungjawab pasal perbelanjaan dia ugut nak ceraikan akak
Baru lepas bercakap dengan akak ni..
Asalnya dia tanya pasal produk. Muda lagi orangnya dalam 20an (tak sure berapa tapi lebih kurang aku la kot) dah kahwin, ada anak dua org. Dua-dua lelaki.
Lepas tanya pasal produk tadi dia macam berminat, bila bagitau harga dia diam. Dia kata ‘Emm sekarang takda duit lagi, tuggu abang (suami) balik sini la. Aku kata ‘Ohh abang outstation ke?’ Dia geleng kepala. Muka happy nak beli produk tadi terus nampak macam sedih. Nampak lain macam aku tak berani tanya lebih takut secara tak sengaja terguris hati dia ke apa.
Tetiba dia bersuara, ‘Abang balik rumah bini muda, lama dah tak balik, last dia balik puasa haritu, tinggal dengan anak-anak je la kt rumah’ lepas tu dia diam.
Macam-macam soalan bermain di fikiran aku sebenarnya. Aku tanya dia, habis abang tak balik duit belanja dia bagi tak? Akak tu geleng-geleng lepas tu dia mula bukak cerita.
“Sejak ada bini baru dia dah banyak berubah, kalau akak ungkit pasal tanggungjawab pasal perbelanjaan dia ugut nak ceraikan akak, akak dah tak tahu nak buat apa dah, nak cari kerja tapi anak-anak nanti sape nak jaga, nak upah pengasuh memang tak mampu la, nasib baik ada kakak no 1 tu, dia la yang bagi pinjamkan duit belanja, kalau takde dia dah mati kebulur dah kami 3 beranak”
Dulu belum habis belajar dah nak kahwin, mak ayah tak bagi akak ugut nak kahwin lari
Kesiannya akak ni.. Aku tanya dia “dulu kawen suka sama suka ke pilihan org tua?”
Panjang lebar dia bercerita, “suka sama suka dik, akak jumpa dia masa belajar kat UiTM Dungun, time tu dia kerja sana, bila dah lama kenal dia, dia ajak kawen time tu akak tak habis belajar lagi, dia kata takpe dia mampu tanggung akak walaupun akak tak keja, yela time tu tengah berbunga-bunga memang iyekan aje la tak pikir panjang, terus balik kampung mintak dengan mak ayah nak kawen, ayah tak berapa setuju tapi ok je tapi mak tak bagi, mak kata habiskan dulu belajar tapi akak degil, tak dengar, siap ugut nk kawen lari lagi kalau mak ayah tak bagi, sudahnya diorg bagi la takut akak buat bukan-bukan, ktorg pon kawen la lepas tu dia dapat keja sini ktorg duduk la rumah sewa kat sini, dia selalu ulang alik Dungun sebab ada projek kat sana, akak duduk rumah jela time dia keja luar nak ikot tak bagi, nak gi mana2 pun dia tak bagi, lesen kete tak bagi buat. Rasa macam tunggul pulak kt rumah. Bila lahirkan anak first dia mula buat hal, selalu outstation paling lama 3-4 hari je tapi kali ni berminggu-minggu tak balik rumah, kadang-kadang sampai sebulan tak balik. Bulan 3 aritu dapat tahu dia kahwin lagi, tu pon sepupu dia yang bagitahu, yang buat akak terkilan mak ayah dia yang jodohkan diorg. Mak ayah dia memang dari awal tak berapa suka akak sebab akak tak kerja, belajar pun tak abis. Dia ingat akak nak kikis duit anak dia. Bini baru dia tu lecturer, pernah tengok gambar kat fb dia, tak cantik sangat pun tapi yela lecturer kan”. Air mata dia dah bertakung.
Aku cakap sabar lah kak, ada hikmah yang kita tak tahu disebalik semua ni.
Ini balasan sebab tak dengar kata mak ayah dulu, tak fikir panjang
Dia kata, “ni bukan hikmah, ni balasan sebab tak dengar cakap mak ayah dulu, mak ayah suruh pikir masa depan dulu tapi akak degil, akak percaya sangat laki tu boleh ubah masa depan akak sebab dia dah keja, gaji besar pulak tu. Ternyata akak silap, harta orang tetap harta orang takkan pernah jadi harta kita walaupun orang tu suami kita. Sebagai perempuan kita kena ada income sendiri, ada pelajaran supaya takde sape pun boleh tindas kita, sebelum kawen boleh la kata nak tanggung semua bila dah kawen lain jadinya, tak semua laki macam tu tapi hati orang kita takkan boleh baca, akak sendiri pun tak sangka laki akak macam tu sebab sebelum kawen punya lah baik, sweet, romantik, tu yang buat akak cair. Akak nasihat adik walaupun adik kawen dengan orang paling kaya pun adik jangan jadi macam akak, persediaan mesti kena ada, jangan tuggu benda nak jadi baru kita nak beringat time tu dah terlambat. Akak ditinggalkan terkontang kanting tanpa sesen pon harta. Tu la kononnya taknak pun harta dia, nak kasih sayang je dari dia, hampeh! Harta tak dapat kasih sayang melayang”
Haha muka akak tu penuh kebencian. Lepas tu dia mintak diri nak balik dulu. Dia kata nanti dia datang lagi nak beli produk.. Hmmmmmm.. dapat sesuatu?? Sumber: Nurul Liliyana Ab Latif
loading...
0 Response to "Aku Ugut Kahwin Lari Bila Mak Ayah Tak Bagi Kahwin. Bila Dah Kahwin Aku MENYESAL Tak Sudah…"
Post a Comment