loading...
Pujuk Terima Dia..Tunang Ja,Seminggu Lepas Tu Aku Takut Jumpa Sebab Dia Akan… |Kisahnya begini, dalam hidup saya,saya ada kenal dengan seorang mamat ni yang sekarang dah bergelar tunang kepada saya. Kami baru melangsungkan pertunangan pada 10 julai lalu,tunang saya pada waktu dulunya sangat-sangat saya tolak pada awalnya tapi atas nasihat dari orang sekeliling dan setelah melihat kesungguhan dia untuk bersama saya,saya cuba untuk membuka pintu hati untuk menerimanya dan alhamdulillah,bila pintu hati dah dibuka dengan kelembutan dia pada awalnya,dengan “sweet” dia membuatkan saya jadi semakin sayang padanya.
.
Setelah setahun lebih perasaan sayang tu muncul dan saya semakin hari semakin sayang padanya,perangainya mula berubah. Dia mula tonjolkan dirinya yang sebenar dari seorang yang penyabar,penyayang,bertukar menjadi seorang pembengis. Sebelum ni dia hanya memaki tak pernah saya dijentik walau sikit pun, walau mulutnya memaki-hamun tapi sekarang dia dah mula pandai naik tangan pada saya.Betul kata orang tua bila sekali lelaki mula naikkan tangan pada perempuan dia akan rasa seronok dan dia akan jadikan habit pula untuk memukul.

Asal berjumpa pasti akan bergaduh besar dan setiap kali bergaduh mesti dia akan naik tangan pada saya. saya betul-betul buntu admin, tak tahu apa yang perlu saya buat,hati dah mula berbelah bagi antara rasa sayang dan rasa tawar hati setelah sejauh ini kami bertahan sehingga bergelar tunang.one step closer to the “new life”. Ya dia seorang yang baik bagi saya tapi agak panas baran dan sekarang dah pandai memukul. saya dah pernah cuba slowtalk dengan dia yang saya tak suka lelaki memukul tapi semuanya sia-sia bila sekali dah naik tangan,pasti akan ada yang kedua dan seterusnya.
Saya betul-betul buntu dan tak tahu sama ada nak teruskan atau stop kan semua ni.
Untuk stop kan banyak benda yang saya kena fikirkan perasaan mak ayah dia,keluarga dia yang sangat-sangatlah baik pada saya. Kebiasaannya apa pun yang berlaku dalam hidup saya sejak kenal dia dan keluarga,saya mesti akan minta pendapat dan pandangan dari mak ayah dia tentang sesuatu permasalahan tu tapi soal ni saya tak mampu.
Saya sangat memerlukan pendapat dan pandangan dari semua, perlukah saya teruskan dan bertahan atau perlu saya stop kan dan lupakan semuanya. Bantu saya semua.terima kasih admin.
p/s : ini dia tunggu depan rumah nak mengamuk lagi bila saya minta putus. Tak tahu apa nak buat kalau saya keluar mesti saya dapat habuan..Yang Benar,Saya Yang Kebuntuan
loading...
0 Response to "Pujuk Terima Dia..Tunang Ja,Seminggu Lepas Tu Aku Takut Jumpa Sebab Dia Akan…"
Post a Comment