loading...
Aku Isteri TABLIGH. Inilah Perkara² Yang Masyarakat PERLU TAHU Tentang Keluarga Jemaah Tabligh !!! -
Aku Isteri TABLIGH. Inilah Perkara² Yang Masyarakat PERLU TAHU Tentang Keluarga Jemaah Tabligh !!! | Sebelum2 ini adakalanya aku terdengar kisah-kisah kurang enak tentang nasib isteri orang tabligh so di sini biar aku ceritakan kisah aku pula untuk membetulkan mana2 persepsi yang salah.
1) Suami tinggal isteri terkontang kanting….
Perkara ini TIDAK pernah terjadi dalam keluarga aku mahupun keluarga-keluarga yang aku kenal (aku kenal ramai). Suami-suami sebelum mereka ikut jemaah 40 hari mahupun yang lebih lama, mereka selalunya beli stok makanan minuman bertimbun-timbun untuk isteri dan anak-anak (nak mudahkan isteri). Suami aku beli stok sampai penuh almari dan freezer, aku yang pening macam mana nak simpan semua ni. Kawan-kawan aku pun sama, bila suami dorang ikut jemaah 40h atau 4 bulan ke misalnya, maka aku sibuk la sms tanya nak tolong beli apa2 tak? Hampeh semua. Semuanya kata tak payah sebab Suami dah siap shopping awal2. Kalau dorang nak suruh beli pun cuma susu ke atau buah ke sebab benda2 tu habis atau boleh basi.
Jadi ,aku dan kawan-kawan sememangnya tak pernah jumpa lagi isteri yang suaminya selamba tinggal tak bagi bekal. Usually kalau isteri tu jenis suka drive sendiri pegi kedai, Suami tak payah beli byk sgt dan cuma tinggal Duit Nafkah saja.
Suami aku Alhamdulillah dia beli bekal makanan dan tinggal jugak Duit Nafkah dan access ke Bank dia. Kalau ada suami yang tinggal tanpa Nafkah, maka dia telah gagal mematuhi tertib dan peraturan. Benda ni sgt dititikberatkan oleh elders sebelum lelaki tu join apa2 jemaah sekalipun. Kes kes terpencil mungkin ada, cuma jarang lah aku dengar
2) Suami tinggal takde khabar berita
Selalunya kami tahu dia dan jemaah dia ke mana. Di celah-celah jadual dia, dia akan sms atau call (selalunya hantar surat!) tanya khabar dan cerita sikit perkembangan dia. Kalau diorang tulis surat, memang pakai tangan je dan pakai kertas2 yang dikoyak dari buku nota, agak romantiklah rasanya bila terima 🙂
3) Tinggal isteri –> dera emosi
Tak pun sebenarnya, langsung tak terdera. Ok dia macam ni. Masa tengok dia packing baju dan masa dia nak turun dari rumah tu, memamglah sebagai isteri kita rasa sayu. Maklumlah, kalau keluar di jalan Allah ni, kita tak tahu dia akan balik ke tak, adakah syahid di pertengahan? So mesti la sayu sikit.
Tapi pengalaman aku la kan. Pada saat dia nak turun rumah tu, akan terasa satu sakinah dalam rumah (ketenangan) yang tak boleh nak describe dengan perkataan. Rasa tenang. Dan apabila dia dah pergi, apabila dia dah memulakan susah payah dia dalam berkorban di jalan Allah…
ok ni kena buat perenggan lain
4) KESAN pada anak-anak
Selama dia pergi tu, akan terjadi PELBAGAI perkara baik terhadap anak-anak. Adakalanya terjadi perkara yang ajaib, yang tidak dpt dijelaskan oleh logik. Akhlak anak-anak jadi terbentuk, masalah2 yang dahulunya kita laki bini pening , banyak yang selesai SEMASA suami sedang berkorban di jalan Allah
Ni bukan 1 kali terjadi, tapi banyak kali
Masa suami tengah susah payah buat 40hari tu la selesai perkara2 yag sebelum itu kita buntu tentang anak. Tarbiyah anak-anak seolah olah dibuat direct oleh Allah swt. Seolah -olah Allah swt mentarbiyah anak2 itu secara langsung
Ilmu agama dan duniawi anak2 turut meningkat semasa tempoh itu. Sebab itu apabila Suami balik rumah semula, kami isteri2 ni sibuk nak cerita semua perkara menakjubkan ini, sibuk nak update dia yang anak ni tiba2 dah XX, anak itu pula tiba tiba dahmi pun mendengar dgn penuh gembira.
Sebab itu, tiap kali Suami nak pegi 40h ke atau 2 bln ke, walaupun rasa sayu pada permulaan, tapi Allah gantikan pengorbanan emosi itu dengan kebaikan-kebaikan ini. Bukan anak saja dpt kebaikan malah isteri juga merasai perkara perkara yang tidak pernah dipelajarinya, isteri juga belajar ilmu-ilmu yang tidak pernah dihafal di sekolah atau kelas. Rasa macam Allah tarbiyah secara langsung.
5) Pengalaman suami
Suami pun bila balik, gigih bercerita pengalaman jemaah dia . Masuk pulau keluar pulau, masuk kampung keluar kampung, berapa ramai peluk Islam dan sbg nya. Selalunya suami elak cerita apa2 yang tidak manis, kalau ada perselisihan sekalipun dalam jemaahnya , tidak akan dicerita sebab prinsipnya ialahrukan. Hanya kebaikan org saja yang dicerita.
Ada banyak perkara menakjubkan yg terjadi selama bebrapa kali suami pegi 40h atau 4 bln tapi terlalu panjang utk cerita. Tapi, secara umumnya , masa Suami pergilah para isteri belajar macam mana utk bergantung 100% kepada Allah
Selalunya masa suami ada di rumah, bila susah sikit memang cerita kat suami atau mintak suami beli/cari. Jadi kita adakalanya sedikit terlupa bahawa apa2 pun, turn to Allah first. Bahawa sepatutnya, MINTA kat Allah dulu, adu kat Allah dulu. Tapi selalunya sebab suami tu depan mata, maka adu kat dia aje la
Juster apabila suami ke jalan Allah, maka ia spt tapak latihan untuk belajar baiki pergantungan itu. Bila susah , adu pada Allah.
Dan ternyata, acapkali pertolongan Allah itu dekat. Hendak sekali saya kongsikan insiden2 yang telah berlaku tapi tak larat nak taip lagi. Perkara ini dialami bukan saja oleh saya tetapi juga oleh isteri isteri lain yang biasa menggalakkan suami keluar di jalan Allah (redha spy suami pergi).
Baiklah sampai di sini dahulu cerita saya. Semoga Allah ampunkan umat kita dan sebar hidayah ke seluruh alam. Semoga Allah swt jadikan kita (para pembaca) dan keluarga kita asbab hidayah buat seluruh alam.
Perkongsian ini tidak ada langsung niat untuk mengatakan usaha ini adalah lebih baik daripada mana mana usaha agama yang lain, malah insan insan dalam usaha ini juga tidak terlepas daripada kealpaan dan kesilapan individu/kumpulan. Prinsip saya, setiap usaha agama atas bumi ni tidak kira nama apa sekalipun, adalah saling melengkapim
Kelebihan yang ada pada jemaah A mungkin tiada pada jemaah B, kelemahan pada jemaah A mungkin tiada pada jemaah B. Anggaplah semuanya saling melengkapi
loading...
0 Response to "Aku Isteri TABLIGH. Inilah Perkara² Yang Masyarakat PERLU TAHU Tentang Keluarga Jemaah Tabligh !!! -"
Post a Comment